Rabu, 15 Oktober 2008

Harapan Selepas Praktikum

Segala kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izi-Nya saya telah berjaya menjalani praktikum ini dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan. Hakikatnya saya berasa sungguh gembira dengan perjalanan praktikum saya ini. Pada kesempatan praktikum ini saya telah cuba sedaya upaya menimba seberapa banyak pengalaman dan pendedahan yang amat berharga untuk dijadikan bekalan saya kelak sebelum menempuh alam perguruan yang sebenar. Berkat dorongan dan sokongan dari semua pihak terutamanya suami, keluarga, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing serta rakan-rakan pelatih, saya mungkin tidak berada di tahap ini. Semoga pengalaman berharga ini dapat saya jadikan panduan untuk menjadi pendidik yang cemerlang dan setia mendidik anak murid tanpa rasa jemu, Insya Allah.

Profession perguruan bukan saja sebagai satu kerjaya biasa tetapi ia menuntut pengorbanan dan keikhlasan kita dalam mendidik anak bangsa. Ini kerana masa depan mereka terletak di bahu kita untuk mencorakkannya. Saya mula menyedari hanya keiklasan dan kejujuran kita semasa berhadapan dengan murid mampu menjadi senjata tajam yang bakal merubah dan mencorakkan jiwa dan hati anak didik kita. Saya juga sedia maklum bahawa cabaran besar sedang menanti saya di hadapan. Dan sebagai seorang guru terlatih, saya seharusnya sudah bersedia dari segi mentaldan fizikal untuk menggalas tugas yang amat berat ini. Walaubagaimanapun, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menyahut cabaran ini dengan hati yang terbuka, iklas dan dedikasi terhadap tugas yang diberi demi memartabatkan profession perguruan ini.

Pada kesempatan praktikum ini, saya telah dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan yang ada pada diri untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah cuba untuk mendalami dan memahami psikolgi kanak-kanak. Saya percaya dengan memahami jiwa dan emosi mereka merupakan formula terbaik untuk mendekati mereka. Berkat kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kita sebgai guru berjaya menyentuh hati mereka untuk mengkuti pengajan dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian, sebagai guru kita tidak harus lokek untuk berkongsi masa, tenaga dan wang ringgit untuk meningkatkan motivasi belajar mereka. Pada peringkat ini, kanak-kanak amat mempercayai golongan dewasa terutamanya guru mereka. Sahutlah tangan mereka menjaaadi pendamping yang dapat menunjukkan arah yang betul untuk di llaui dalam dunia penuh cabaran ini. .

Dalam pada itu, saya juga amat berharap agar ilmu yang saya ajarkan dan curahkan kepada anak didik saya sepanjang praktikum ini dapat mereka ingati dan amalkan dalam kehidupan mereka. Saya amat berharap mereka faham akan pengajaran saya dan dapat mengaplikasikannya selain menyebarkannya kepada ahli keluarga dan sahabat handai agar ilmu yang sedikit akan berkembang dan diketahui ramai. Maka akhirnya akan dapat keberkatan daripada Allah s.w.t dan pahala yang berlipat ganda. Ini adalah antara tujuan mengapa saya memilih bidang peguruan sebagai profesion saya di mana selain duniawi saya juga akan mendapat ukhrawi, insyaAllah

Tiada ulasan: