Rabu, 15 Oktober 2008

Isu fokus: minggu kedua

Sepanjang mengikuti praktikum pada minggu pertama ini, saya telah mengenalpasti beberapa masalah yang perlu saya berikan tumpuan untuk memastikan kelancaran perjalanan praktikum saya seterusnya menjamin kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:

1. Kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk berhadapan dengan pelajar semasa sesi P&P.
Bagi mengelakkan kecelaruan dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran saya perlu memahami pelajar yang bakal diajar. Kesukaran ini timbul apabila saya ditugaskan untuk mengajar murid di dua tahap yang berbeza iaitu tahap 1 dan tahap 2. Umum mengetahui pendekatan yang berbeza diperlukan untuk menjalankan P&P. tidak semua orang boleh melaksanakannya. Namun begitu saya tidak boleh menyerah kepada situasi yang ada. Sebaliknya saya mesti mencari alternatif yang sesuai. Oleh kerana masa yang diperuntukkan untuk praktikum tidak lama, saya mesti memahami pelajar dalam waktu yang ada dengan sebaiknya supaya ia tidak menjejaskan perjalanan P&P. P&P yang berjaya memerlukan kepada kemahiran dan pengalaman. Oleh kerana sesi P&P tidak bermula sepenuhnya pada minggu pertama, saya telah mengambil kesempatan ini dengan meminta kerjasama guru pembimbing untuk mengendalikan sesi P&P bersama-sama. Kesempatan waktu relief bagi menggantikan guru-guru yang bercuti kecemasan dan berkursus memberi ruang kepada saya untuk mengenal dengan lebih dekat dengan bakal pelajar yang diajar. Selain daripada itu, saya juga membuat rujukan berhubung dengan kaedah memahami psikologi kanak-kanak bagi menambahkan kemahiran saya berhadapan dengan pelajar.
Pada kesempatan menjalankan sesi P&P, saya telah mempraktikkan apa yang saya pelajari daripada guru pembimbing. Walaupun tidak berjaya sepenuhnya sekurang-kurangnya saya dapat melalui pengalaman dan membuat penilaian sendiri. Saya akui pengetahuan pedagogi yang ada belum mencukupi sebaliknya saya harus banyak membuat rujukan dan mendapat bimbingan daripada guru yang telah lama mengajar. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh menjadikan perkara faktor ini sebagai penyebab sebaliknya membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

Refleksi
Dalam menangani masalah ini, saya masih gagal mencari formula terbaik untuk mengendalikan kelas P&P dengan baik. Antara pendekatan yang telah saya ambil, saya cuba mendekati pelajar-pelajar dan banyak membuat aktiviti bersama semasa P&P. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan terkini berjaya menarik perhatian mereka untuk mengikuti kelas. Saya juga perlu memberi perhatian dalam pengagihan masa semasa P&P supaya ia tidak terlalu padat. P&P yang terlalu padat danserius akan memboringkan mereka. Kaedah memberi penghargaan juga saya terapkan dalam kelas, kesannya saya dapat merasakan saya semakin hampir dengan mereka. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh mudah berpuas hati kerana ini merupakan kelas pertama saya bersama mereka.

Tiada ulasan: