Rabu, 15 Oktober 2008

Isu fokus: minggu keENAM

Pengalaman akan mendewasakan seseorang. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Sepanjang enam minggu mengikuti praktikum, hari-hari yang saya lalui penuh dengan cabaran dan rintangan. Ini membuatkan saya bertambah matang dan mendapat banyak pengetahuan baru, baik melalui persekitaran sekolah dan perkembangan pendidikan semasa. Setiap hari berhadapan dengan karenah pelajar membuatkan saya merasa terpanggil untuk menyelami dan menjiwai hati mereka. Situasi berhadapan dengan pelajar yang mempunyai bermasalah baik dari segi akhlak mahupun disiplin membuatkan saya terpanggil untuk mengkaji masalah ini dengan lebih mendalam lagi. Seperti minggu sebelumnya, saya telah memilih masalah disiplin di kalangan pelajar jika tidak di atasi beolh menjejaskan pengajaran dan pembelajaran sebagai isu yang perlu diketengahkan untuk menjamin kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Isu yang akan dibincangkan pada minggu ini adalah :

1. Masalah Disiplin di kalangan Pelajar Boleh Menjejaskan Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Setiap manusia yang lahir di muka bumi mempunyai potensi diri untuk berjaya dan cemerlang. Begitu juga dengan para pelajar kita yang berada di sekolah. Sebagai guru, kita bertanggungjawab dalam meransang minat dan mendidik mereka sehingga berjaya. Faktor persekitaran juga menjadi faktor penyumbang dalam memastikan anak-anak didik kita berjaya. Dewasa ini, perkembangan pesat dalam teknologi maklumat mendedahkan anak-anak kita kita kepada pelbagai perkara negatif yang boleh merosakkan minda mereka. Golongan remaja adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dengan budaya dan anasir yang dibawa oleh barat. Kajian psikologi mendapati dalam usia 12 hingga 18 tahun, remaja lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu apa mereka. Situasi ini jika tidak dikawal ia akan merosakkan minda mereka. Mereka akan mudah terjebak kepada gejala yang tidak siat seterusnya membawa kepada berlakunya masalah disiplin.

Walaupun Sekolah Kebangsaan Jelutong mempunyai bilangan pelajar yang tidak ramai, iaitu kira-kira 384 orang, sekolah ini tidak terlepas daripada dibelenggu oleh pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Masalah disiplin di kalangan pelajar harus dibendung dan dikekang supaya ia tidak menular sejak dari awal lagi. Ia akan mengundang pelbagai masalah yang tidak dingini dan boleh menjejaskan tumpuan dan perhatian pelajar kepada pelajaran. Antara masalah disiplin yang biasa berlaku di sekolah ini ialah gejala ponteng sekolah, pelajar merokok, mengambil barang orang lain, bersikap kurang ajar terhadap guru, bergaduh dengan rakan dan membawa benda-benda tajam di sekolah. Walaupun jumlah kes yang dilaporkan adalah kecil, tetapi ia tidak boleh dipandang mudah. Ini adalah kerana gejala yang tidak sihat ini begitu mudah untuk diikuti dan mempengaruhi orang lain.

Daripada soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan, didapati kebanyakkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin banyak dipengaruhi faktor persekitaran, sosioekonomi keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Kajian mendapati pelajar-pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, kurang mendapat perhatian dan kawalan ibu bapa mereka . ini berlaku kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja siang dan malam untuk mencari nafkah keluarga. Tumpuan yang kurang ini mendedahkan anak-anak mereka kepada gejala yang tidak sihat seperti merokok dan mencuri. Kesannya pencapaian mereka merosot dan jauh ketinggalan di belakang. Berbeza dengan pelajar yang mempunyai motivasi tinggi, mereka lebih cenderung untuk belajar dan minat kepada pelajaran yang tinggi di samping dorongan yang kuat daripada ibu bapa untuk menjadi cemerlang dan terbaik.

Pelajar yang bermasalah boleh bertindak agresif dan kurang ajar terhadap guru. Mereka sentiasa mereka dipihak yang benar dan orang sekeliling yang mengambil berat terhadap mereka sebagai masalah kepada mereka. Apabila di sekolah mereka tidak dapat memberi tumpuan yang sewajarnya. Mereka merasa bosan dan mengantuk. Apabila ditegur mereaka melenting dan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru. Lebih menyedihkan mereka sudah hilang rasa hormat kepada guru-guru yang membimbing mereka. Justeru itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.

Refleksi

Antara pendekatan yang boleh diambil oleh pihak sekolah daam menagani masalah disiplin di kalangan pelajar ialah melalui tindakan disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Pemataun dari masa ke semasa terhadap perkembangan pelajar berjaya mengelakkan gejala tidak sihat mempengaruhi mida dan fikiran pelajar. Guru kelas haruslah memainkan peranan dengan melaporkan pelajar yang tidak hadir ke sekolah ke pada Guru Penolong Kanan Hal Murid untuk diambil tindakan selanjutnya. Selain daripada itu, tindakan tegas juga perlu dikenakan ke atas pelajar yang melanggar disiplin sekolah dalam usaha mendidik mereka menjadi pelajar yang beretika tinggi dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara.

Pelajar-pelajar bermasalah juga tidak harus dipinggirkan. Sebaliknya kita mesti membimbing pelajar-pelajar berkenaan untuk kembali kepangkal jalan melalui program bimbingan dan sesi kaunseling oleh guru yang bertanggungjawab. Membiarkan mereka terus sesat seolah-olah kita telah memusnahkan kehidupan mereka. Sebagai contoh, saya selalu menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran, sebagai satu pendedahan kepada pelajar saya. Selain daripada itu, saya sentiasa memberi teguran kepada pelajar yang melanggar undang-undang sekolah dalam bentuk nasihat. Sekiranya masih berulang, saya akanmembawa masalah ini kepada guru yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan susulan.
Ceramah dan kursus motivasi mestilah diadakan secara kerap supaya pelajar-pelajar kita sentiasa mendapat input baru dan diberi peringatan, dari masa ke semasa. Penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum juga mampu mengelakkan mereka daripada terjebak kepada masalah social. Masa lapang mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Melalui pembelajaran merentas kurikulum dalam mata pelajaran seperti pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga boleh diterapkan mengenai akhlak dan sahsiah seorang pelajar, tanggungjawab dan peranan kita sebagai manusia, anak dan juga warga mampu menyedarkan mereka untuk tidak terus hanyut dalam dunia ciptaan dan mengkhayal mereka. Sebagai guru, kita bertanggungjawab mencorakkan masa depan anak bangsa kita. Tugas dan peranan kita terlalu mulia. Jatuh bangun generasi akan datang terletak dibahu kita. Terpulang kepada kita untuk mencorakkannya.

Tiada ulasan: