Rabu, 15 Oktober 2008

Isu fokus: minggu keSEMBILAN

Perjalanan praktikum saya melalui minggu-minggu terakhir. Semakin banyak pengalaman yang ditimba semakin banyak kekurangan yang saya rasakan. Namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk menimba seberapa banyak ilmu di dada. Pengalaman akan mendewasakan seseorang. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Sepanjang lapan minggu mengikuti praktikum, hari-hari yang saya lalui penuh dengan cabaran dan rintangan. Ini membuatkan saya bertambah matang dan mendapat banyak pengetahuan baru, baik melalui persekitaran sekolah dan perkembangan pendidikan semasa. Setiap hari berhadapan dengan karenah pelajar membuatkan saya merasa terpanggil untuk menyelami dan menjiwai hati mereka. Situasi berhadapan dengan pelajar yang mempunyai bermasalah baik dari segi akhlak mahupun disiplin membuatkan saya terpanggil untuk mengkaji masalah ini dengan lebih mendalam lagi. Jika minggu sebelumnya saya memilih masalah disiplin di kalangan pelajar sebagai isu fokus, isu tingkah laku guru terhadap pelajar sebagai satu kesinambungan kepada permsalahan yang melanda institusi pendidikan terutamanya sekolah.

1. Tingkah Laku Guru Mempengaruhi sikap Pelajar.

Hubungan peribadi (inter-personal) yang wujud antara guru dan pelajar sewaktu di dalam kelas boleh memberi kesan tertentu kepada anak didiknya. Kajian yang pernah dijalankan mendapati tingkah laku guru memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar serta sikap mereka terhadap mata pelajaran, guru dan sekolah. Menurut Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahdzan Ayob dalam buku mereka, “Guru dan Perguruan” menyatakan dari segi hubungan dengan pelajar, terdapat lapan tingkah laku negative guru yang boleh memjejaskan pencapaian akademik dan sikap anak didik mereka. Tingkah laku tersebut adalah seperti berikut :”
1. Tidak menyukai pelajar
Menyukai pelajar adalah rahsia untuk menjadi guru yang berkesan kerana mereka adalah klien guru. Jawatan guru diwujudkan kerana ada kanak-kanak yang menunggu untuk dididik dan diajar. Oleh itu, guru perlu memikirkan mengenai kliennya iaitu pelajarnya. Menyukai pelajar sudah tentu tidak boleh dibuat-buat sebaliknya ia perlu lahir secara spontan dan semulajadi dalam diri guru.

2. Tidak Mengetahui atau mengenali pelajar
Selain memahami tingkah laku pelajarnya, guru juga sepatutnya mengetahui nama dan mengenali rupa mereka. Memang ada guru yang merasakan begitu sukar untuk berbuat demikian, apatah lagi jika bilangannya ramai. Walau apapun guru mesti berusaha mengatasi perkara itu.

3. Melabel pelajar
Setiap pelajar berbeza antara satu sama lain bukan saja dari segi fizikalnya tetapi juga dalam hal-hal lain seperti emosi, personaliti, kecerdasan serta penguasaan ilmu dan kemahiran. Mungkin disebabkan perbezaan itu, sesetengah guru suka melabelkan atau memberi nama dan gekarab tertentu kepada pelajar mereka. Jika label atau nama gelaran itu baik mungkin ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula jika sebaliknya/ pelajar akan merasakan guru seolah-olah menyindir dan mempermainkan dirinya. Secara tak lansung pelajar akan berasa kurang hormat dengan guru mereka.

4. Menyindir dan memperkecilkan pelajar
Guru yang sering menyindir dan memalukan pelajar dihadapan pelajar lain akan dibenci pelajar terbabit kerana tindakan itu akan menjatuhkan maruahnya.

5. Mendera pelajar secara keterlaluan
Tingkah laku guru yang bertindak mendenda pelajar melampau batasan disiplin sedia ada memberi kesan negative kepada pelajar. Oleh yang demikian untuk mestilah berwaspada dalam memberi denda yang keterlaluan keppada pelajar. Disiplin diwujudkan adalah untuk membentuk peribadi pelajar bukan untuk merosakkan pelajar.

6. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Guru bukan saja diamanahkan untuk mendidik pelajar tetapi juga menjaga maruah pelajar serta keselamatan mereka apabila berada di kawasan sekolah. Perbuatan guru menodai pelajar boleh menyebabkan masyarakat sangsi terhadap profession perguruan. Bak kata pepatah “ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

7. Terlalu garang
Guru yang garang memang menakutkan pelajar. Tetapi guru mestilah memastikan ketegasan itu bertetapan dengan masa dan sesuai dengan keadaan supaya rasa hormat dan rendah diri terhadap guru tidak hilang di mata pelajar.

8. Pilih kasih
Pelajar tidak akan menghormati guru yang bersikap pilih kasih kerana mereka menganggapnya tidak berlaku adil .


Refleksi

Setiap manusia yang lahir di muka bumi mempunyai potensi diri untuk berjaya dan cemerlang. Begitu juga dengan para pelajar kita yang berada di sekolah. Sebagai guru, kita bertanggungjawab dalam meransang minat dan mendidik mereka sehingga berjaya. Faktor persekitaran juga menjadi faktor penyumbang dalam memastikan anak-anak didik kita berjaya. Tingkah laku guru memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan pelajar. Sebagai guru kita mestilah menjauhi perkara yang dibincangkan seperti di atas.

Seorang pendidik dari Barat, Gilbert Highet (1965) pernah menasihatkan orang yang tidak menyukai kanak-kanak dan golongan remaja supaya tidak memilih profession perguruan. Highet berkata, guru bukan saja mesti menyukai kanak-kanak, tetapi juga mesti selesa dan seronok bergaul mesra dengan mereka. Menyukai kanak-kanak sudah tentu tidak boleh dibuat-buat sbaliknya ia perlu lahir secara spontan dan semulajadi dalam diri seorang guru. Guru yang bersedia meluangkan masa berbual dengan pelajar di luar waktu mengajar akan dapat banyak maklumat mengenai mereka. Dengan itu dia akan mengetahui kebolehan pelajarnya dalam bidang akademik, minat, kebencian atau emosi mereka.

Guru yang menyukai pelajar beerti menyukai profession perguruan, sebaliknya guru yang benci kepada pelajarnya bermakna dia kurang penghayatan terhadap professionnya. Sebagai guru kita mestilah menerima seadanya anak didik kita. Elakkan daripa memberi label, pilih kasih dan mendera emosi dan mental mereka dengan tingkah laku kita yang meletakkan emosi di hadapan. Sebaliknya bertindak positif dengan menanggap setiap orang mempunyai potensi diri untuk berjaya dalam jua bidang yang diceburi. Pencapaian cemerlang dalam akademik bukan ukuran semata-mata. Jajdilah kita seorang guru yang mampu melahirkan pelajar yang bukan saja seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

Tiada ulasan: