Rabu, 15 Oktober 2008

Isu fokus: minggu keSEPULUH

Jika minggu lepas isu tingkah laku guru mempengaruhi sikap pelajar menjadi isu pilihan, faktor penyumbang kepada kecemerlangan sekolah pula diketengahkan untuk dibincangkan sejajar dengan menjelangnya peperiksaan UPSR yang tidak berapa lama lagi. Di sekolah rendah, pencapaian dalam UPSR menjadi pengukur kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah selain daripada pencapaian dan ko-kurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan hanya wujud satu peperiksaan awam sahaja di sekolah berbanding sekolah menengah yang mempunyai lebih daripada satu peperiksaan awam. Oleh yang demikian, tumpuan yang lebih akan diberikan kepada program kecemerlangan UPSR apabila menjelangnya peperiksaan UPSR. Situasi yang sama juga boleh dilihat dengan jelas di sekolah Kebangsaan Jelutong. Lebih-lebih lagi apabila sekolah ini telah mensasarkan Sekolah Kebangsaan Jelutong cemerlang pada tahun 2009.

Selain daripada itu, pemilihan isu ini juga dibuat berdasarkan tinjauan dan pengamatan saya selama 9 minggu berada di sekolah ini. Gerak kerja dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh guru-guru sekolah ini terutamanya guru-guru tahun 6 dalam memastikan kecemerlangan murid-murid sebagai matlamat utama harus dipuji dan dihargai. Maka tidak hairanlah, jika sekolah ini meletakkan harapan yang tinggi untuk muncul sekolah cemerlang.

1.0 Faktor Kecemerlangan Sekolah

Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak terletak pada kedinamikan guru dan pelajar. Selain kejayaan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum, pendidikan di negara membangun seperti Malaysia juga menekankan penerapan dan pemupukkan nilai murni. Peranan guru amat luas selain mendidik,mengasuh dan mengajar, guru juga bertindak sebagai pembina budaya ilmu. Dalam hal ini guru harus mempelbagaikan pendekatan mengajar dan menggunakan pelbagai bahan untuk menjadikan pengajarannya lebih berkesan. Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada daya usaha semua gurunya kerana tugas guru adalah untukmembangunkan insane dan membimbing pelajar dari segi social, budaya dan akhlak.

Menurut Aminuddin Mansor dalam artikelnya ; terdapat lima faktor yang menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah antaranya ilaah :

1. Guru besar atau poengetua bertindak sebagai nakhoda sekolah yang sentiasa memastikan kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, dia juga hendaklah mengawal masalah disiplin pelajar dengan berkesan di samping melaksanakan wawasan dan misi yang digariskan bersama guru.

2. Semua guru mestilah sentiasa komited dengan tugas yang diberikan sama ada dalam ko-kurikulum mahupun kurikulum. Semua guru berfungsi sebagai guru disiplin serta memiliki akhlak dan sahsiah yang tinggi yang akan menjadi contoh dan teladan kepada setiap pelajar.

3. Semua pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam kegitatan kurikulum dan ko-kurikulum. Pel;ajar mestilah menumpukan perhatian kepada akademik untuk mencspsi kecemerlangan dalam peperiksaan dan pada masa yang sama menjalin hubungan baik dengan guru, berakhlah dan berbudi pekerti tinggi.

4. Ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula memastikan tiada gejala nehatif dalam kalangan pelajar. Mereka mesti memberi kan kerjasama erat kepada pihak sekolah dalam menjayakan program akademik dan ko-kurikulum. Mereka menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah bagi mengawasi masalah disiplin, ponteng sekolah dan gejala penyalahgunaan dadah.

5. Persekitaran sekolah mestilah mempunyai ciri sekolah dalam taman,tenang, selamat dan sesuai sebagai tempat untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan., di samping kemudahan seperti makmal computer serta pusat sumber yang dilengkapi pelbagai bahan bacaan dan rujukan.


Refleksi.

Jika kelima-lima faktor ini dilaksanakandengan baik dan berkesan, sekolah akan mencapai kecemerlangan yang berterusan dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Sehubungan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai murni serta membangunkan sekolah. Di sekolah Jelutong misalnya, tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mencapai pencapaian cemerlang dalam UPSR bukan hanya menjadi tanggungjawab guru yang mengajar UPSR sahaja sebaliknya semua guru. Jadi tidak timbul masalah guru tidak ingin bekerjasama untuk membantu rakan sejawat dan anak didik untuk mencapai kejayaan dan guru yang terbeban.

Kesimpulannya, semua guru inginkan kecemerlangan diri, pelajar dan sekolahnya. Bagaimanapun adakalanya mereka terlepas pandang. Oleh itu, guru besar selaku pentadbir sekolah mestilah sentiasa menekankan perkara ini setiap kali mengadakan mesyuarat guru, berjumpa dengan guru tingkatandan guru lain seperti guru disiplin, pusat sumber dan kaunseling. Mudah-mudahan dengan itu, ia akan meningkatkan rasa bangga terhadap diri, pelajar, sekolah dan Negara bagi melahirkan warganegara Malaysia yang maju dan berakhlak.






pada pelajar yang melanggar undang-undang sekolah dalam bentuk nasihat. Sekiranya masih berulang, saya akanmembawa masalah ini kepada guru yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan susulan.
Ceramah dan kursus motivasi mestilah diadakan secara kerap supaya pelajar-pelajar kita sentiasa mendapat input baru dan diberi peringatan, dari masa ke semasa. Penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum juga mampu mengelakkan mereka daripada terjebak kepada masalah social. Masa lapang mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Melalui pembelajaran merentas kurikulum dalam mata pelajaran seperti pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga boleh diterapkan mengenai akhlak dan sahsiah seorang pelajar, tanggungjawab dan peranan kita sebagai manusia, anak dan juga warga mampu menyedarkan mereka untuk tidak terus hanyut dalam dunia ciptaan dan mengkhayal mereka. Sebagai guru, kita bertanggungjawab mencorakkan masa depan anak bangsa kita. Tugas dan peranan kita terlalu mulia. Jatuh bangun generasi akan datang terletak dibahu kita. Terpulang kepada kita untuk mencorakkannya.

Tiada ulasan: