Rabu, 15 Oktober 2008

Isu fokus: minggu keTIGA

Pengalaman akan mendewasakan seseorang. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Sepanjang tiga minggu mengikuti praktikum perlbagai pengalaman telah saya lalui. Ini membuatkan saya bertambah matang dan mendapat banyak pengetahuan baru baik melalui persekitaran sekolah dan perkembangan pendidikan semasa. Setiap hari berhadapan dengan karenah pelajar membuatkan saya merasa terpanggil untuk menyelami dan menjiwai hati mereka. Seperti minggu sebelumnya, saya telah mengenal pasti dua isu yang perlu diketengahkan untuk menjamin kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Isu yang akan dibincangkan pada minggu ini adalah :
:
1. Gejala Pelajar Membuat Bising di Sekolah
Mengikut teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat usia 7 hingga 12 tahun , mereka mula memproleh konsep tranformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses sonsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan yang cepat dan cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaubagaimanapun keupayaan berfikir mereka terbatas kepada pemikiran yang konkrit sahaja. Ini mempengaruhi tindakan mereka. Mereke lebih cenderung melakukan perkara yang disukai tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.
Situasi pelajar membuat bising adalah fenomena biasa yang berlaku terutamanya di sekolah rendah, yang membezakan sama ada ianya masih terkawal dan tidak terkawal. Bagi sekolah ini, masalah pelajar membuat bising bukanlah perkara baru malah ia sudah menjadi fenomena biasa. Fenomena ini dapat dilihat semasa pertukaran guru, waktu rehat dan waktu balik. Kekadang ini keadaan menjadi tidak terkawal dan mengganggu P&P yang lain. Teguran dan nasihat daripada guru besar dan guru-guru yang lain tidak dapat mengurangkan tahap kebisingan.
Ini berbeza bagi pelajar di tahap satu, mereka masih boleh dikawal. Keadaan ini dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing baik guru mahupun pelajar. Antara peranan yang boleh dimainkan ialah kerjasama daripada semua guru untuk masuk ke kelas mengikut waktu yang tepat. Ini tidak akan memberi ruang kepada mereka untuk membuat bising dan kadar keluar masuk mereka keluar kelas dapat dikawal. Di samping itu, pelaksanaan P&P yang menarik dapat menarik minat untuk memberi tumpuan yang penuh terhadap P&P dan tidak mendorong mereka untuk keluar kelas untuk membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Guru mestilah lebih kreatif dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan wujudkan suasana kondusif di dalam kelas.

Refleksi

Masalah pelajar membuat bising di dalam kelas bukanlah perkara baru dan tidak wajar dipandang enteng oleh kita sebagai guru. Sebaliknya kita perlu memberi perhatian serius kerana ia akan boleh menganggu proses P&P di sekolah. Sesetengah guru masih lagi tidak prihatin dan peka terhadap fenomena ini, Sebaliknya membiarkan ianya berterusan. Kesannya, pelajar kurang motivasi untuk belajar dan mereka lebih cenderung untuk bermain dengan rakan-rakan seterusnya menjadikan suasana kelas menjadi bising. Banyak ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka dan ia telah sebati dengan jiwa mereka.
Perkara ini tidak wajar berlaku di sekolah kerana ia boleh mengundang perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya masalah disiplin di sekolah. Umum mengetahui, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insane yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendekatan lain yang boleh diambil ialah membuat penambah baikan terhadap penggunaan kad keluar masuk ke luar kelas dari masa ke semasa. Pemantauan yang berterusan oleh guru besar, guru-guru bertugas dan semua guru untuk mengekang masalah ini daripada berterusan. Peranan ketua kelas dan pengawas perlu digiatkan untuk membantu guru-guru memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Tindakan peneguhan juga diperlukan untuk memberi pengajaran kepada pelajar supaya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap suasana pembelajaran di sekolah. Justeru itu, gejala pelajar membuat bising di sekolah dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing masing dengan baik.

Tiada ulasan: