Rabu, 15 Oktober 2008

Isu fokus: minggu pertama

Sepanjang mengikuti praktikum pada minggu pertama ini, saya telah mengenalpasti beberapa masalah yang perlu saya berikan tumpuan untuk memastikan kelancaran perjalanan praktikum saya seterusnya menjamin kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:

1. Persediaan dan keyakinan diri yang kurang untuk mengikuti praktikum
Pada minggu pertama ini, masalah yang saya hadapi lebih kepada persediaan dan keyakinan diri untuk menjalani praktikum. Kebimbangan tetap timbul walaupun saya pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih sebelum ini. Ini ditambah dengan kebimbangan untuk membiasakan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru dan murid-murid. Ini adalah disebabkan oleh kesibukan menyiapkan tugasan dan jadual aktiviti yang padat yang telah dijalani sebelum mengikuti praktikum. Bermula dengan program lawatan ke sekolah, diikuti oleh Perkhemahan dan pentauliahan Unit Beruniform, Kembara Seni Visual dan bermulanya semester baru. Kesibukkan menyiapkan tugasan dan laporan menyebabkan tumpuan untuk persediaan praktikum tidak dapat dibuat sebaik mungkin.
Menyedari masalah ini berlaku, saya sedaya upaya cuba menyiapkan semua tugasan pada masa yang ditetapkan. Keadaan ini tidah sepatutnya wujud kerana ia boleh mengganggu tumpuan guru semasa P&P. Masalah ini boleh diatasi dengan inisiatif guru sendiri untuk menggunakan segala sumber yang ada untuk membuat persediaan. Persediaan yang mantap dan cukup akan menambahkan keyakinan diri seseorang. Alasan tidak mempunyai masa yang cukup tidak seharusnya dijadikan alasan sebaliknya saya mesti lebih proaktif untuk memajukan diri dengan membiasakan diri dengan tekanan dan bebanan kerja.


2. Tidak memahami cara penulisan jurnal,menulis buku persediaan, membuat rancangan semester dan tahunan yang betul
Masalah ini berlaku disebabkan oleh kegagalan saya memahami kehendak dan keperluan praktikum. Saya sepatutnya mendapatkan semua maklumat ini sebelum manjalani praktikum. Masalah ini disedari apabila maklumat yang sepatutnya diperolehi daripada pihak sekolah melalui guru pembimbing tidak lengkap dan tidak terkini menyukarkan keadaan. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat rujukan dan semakan di buku panduan guru, modul-modul pengajaran dan melayari internet. Selain daripada itu, saya juga berkongsi bahan dan maklumat dengan rakan-rakan dari sekolah yang berbeza untuk mengatasi kekurangan yang ada. Bagi mengataasi masalah penulisan jurnal pula, saya telah berbincang dengan guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan pensyarah-pensyarah lain untuk dihadikan panduan.


Refleksi

Pada keseluruhannya, masalah yang dihadapi boleh diatasi dengan komitmen tinggi daripada saya sendiri. Dalam menghadapi masalah persediaan dan keyakinan diri, semuanya bergantung kepada diri saya sendiri. Masalah ini berjaya saya tangani dengan baik kerana saya mengambil tindakan yang rasional dalam mengatasinya. Ini kerana saya yakin dan percaya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan . Pokok pangkalnya terpulang pada diri sendiri. Kekurangan yang ada dalam bukanIah alasan untuk saya tidak yakin dengan kemampuan diri saya sendiri. Dalam masa dua hari saja, masalah ini dapat saya selesaikan.dengan masalah

Berhubung dengan masalah kedua, ianya bukanlah masalah besar dan biasa dihadapi oleh mereka yang bakal guru. Dari sini saya mula belajar, untuk berjaya kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Sebaliknya kita mesti berusaha untuk mendapatkan maklumat. Sebagai seorang guru kita mesti agresif dan proaktif sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru berminda kelas pertama dan serba dalam kehidupan.bergantung kepada diri kita sendiri. Untuk berjaya kita mesti kikis perasaan malu dan ego untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia. Inilah namanya asam garam dalam kehidupan.

Tiada ulasan: