Ahad, 12 Oktober 2008

Pengajaran

PENGAJARAN

Definisi
APAKAH PENGAJARAN ?


Bruce Joyce dan Marsha Weil (2003)

“Teaching is a process by which teacher create an environment including sets of values and beliefs (agreement about what important) which in turn color the students view of realitiy” (models of Teaching)


AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH GURU UNTUK MENYAMPAIKAN SATU UNIT PENGETAHUAN KEPADA PELAJAR DALAM SATU SETTING TERTENTU



PENGETAHUAN GURU

Apa yang perlu seseorang guru itu tahu untuk melengkapkan diri sebagai guru

1. Pengetahuan Kandungan (Penguasaan guru terhadap ilmu yang diajar)
2. Pengetahuan Pedagogi (Pengetahuan guru tentang cara menyampaikan isi pengajaran)
3. Pengetahuan Kurikulum (Pengetahuan guru tentang kurikulum yang diajar)




MERANCANG PENGAJARAN

Setiap sesi pengajaran mestilah dirancang, kenapa?

· Mencapai objektif
· Menjamin keberkesanan proses pengajaran & pembelajaran
· Memaksimumkan resos
Ø Guru
Ø Ruang
Ø Pelajar
Ø Masa
Ø Alat
· Menentukan kaedah/strategi pengajaran/pembelajaran yang paling berkesan
· Menghabiskan silibus


RANCANGAN PENGAJARAN


Komponen Asas Rancangan Pengajaran

Objektif pengajaran




Pengetahuan sedia ada

Kaedah pengajaran

Penilaian












\
Hasil Pembelajaran
OBJEKTIF PENGAJARAN

· Senarai pernyataan yang menyatakan apa yang guru harap/ingin pelajar boleh buat setelah guru sampaikan sesuatu isi pengajaran
· Aspek kognitif, afektif & psikomotor
· Ringkas, tepat, jitu
· Ditulis dalam bentuk perubahan tingkah laku yang boleh diukur (objektif tingkah laku)
· Objektif pengajaran menentukan:

Ø Strategi/Kaedah
Ø Jenis Soalan
Ø Teknik Menyoal
Ø Skop/Amaun Maklumat
Ø Aktiviti Pembelajaran
Ø Jenis/Amaun Tugasan
Ø BBM Yang Digunakan
Ø Latihan



CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN

Di akhir pengajaran, pelajar dapat :

1. Menyatakan …..
2. Melukis ……
3. Memberi 5 Contoh ….
4. Menerangkan ….
5. Menyelesaikan …..





PENGETAHUAN SEDIA ADA


¨ Pengetahuan sedia ada pada pelajar/asas pengetahuan tentang tajuk yang akan diajar
¨ Tentukan:
Ø Telah diajar /telah belajar /dari pengalaman


KAEDAH PENGAJARAN


Kaedah dan teknik pengajaran yang akan digunakan dalam pengajaran;

1. Teknik kuliah
2. Teknik Memberi Arahan
3. Teknik Resitasi
4. Teknik Perbincangan
5. Teknik Perbincangan
6. Teknik Penyoalan
7. Teknik Latih tubi
8. Teknik sumbang saran
9. Teknik Tinjauan semula
10. Teknik buku teks
11. Teknik buku kerja
12. Teknik laporan makmal
13. Teknik penyimpanan jurnal
14. Teknik pengambilan nota
15. Teknik pengajaran individu
16. Teknik pengajaran berkumpulan
17. Teknik pembelajaran melulaui pusat sumber
18. Teknik demonstrasi
19. Teknik permainan

PENILAIAN KENDIRI



Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, penilaian kendiri bermaksud refleksi guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakannya dengan tujuan membaiki kesalahan atau meningkatkan mutu P&P, khususnya bagi topik pelajaran yang berkaitan.

Tujuan penilaian kendiri

Tujuan penilaian kendiri adalah untuk melatih guru:
· Mengkritik diri sendiri secara jujur.
· Mengenal pasti kelemahan dan keunggulan pengajaran,
· Membaiki diri supaya pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
· Bertanggungjawab.
· Menggunakan sepenuhnya potensi diri sendiri.

Bilakah Menulis Penilaian Kendiri?

Sebaik sahaja selesai mengajar kerana masih segar dalam ingatan. Kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam proses P&P di bilik darjah tadi akan hilang dari ingatan setelah beberapa jam.





GURU MENILAI KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI PELBAGAI ASPEK:

· Tercapai atau tidak semua objektif pengajaran; Kaedah/strategi pengajaran yang digunakan; Penyoalan; Kepuasan diri; Tingkah laku pelajar; Suasana bilik darjah; BBM yang digunakan.

MELALUI
· Penyoalan (Lisan/bertulis)
· Pengesanan (Tingkahlaku pelajar; Air muka pelajar; Kerja pelajar)


HASIL PENILAIAN KENDIRI

Dari hasil penilaian kendiri/refleksi proses P&P, guru dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk membaiki atau meningkatkan mutu pengajarannya. Langkah ini bertujuan memastikan kesalahan/ kelemahan P&P tidak berulang apabila tajuk berkenaan diajar di kelas yang lain. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah misalnya:

· Buat persediaan yang lebih rapi/teliti.
· Ganti kaedah/strategi pengajaran.
· Ubahsuai kaedah/strategi pengajaran.
· Pelbagaikan teknik pengajaran.
· Baiki objektif pengajaran, misalnya dengan mengurangkan objektif pengajaran yang asal.
· Guna BBM yang lebih menarik/berkesan/sesuai.
· Sediakan peralatan yang mencukupi.
· Bahagi masa secara lebih berkesan.
· Guna teknik kawalan/pengesanan yang lebih berkesan.
· Guna teknik penyoalan yang lebih baik/ Ubah bentuk soalan.
· Guna laras bahasa yang lebih berkesan.
· Pelbagaikan contoh.
· Kuatkan suara/ Guna intonasi yang lebih sesuai.

Tiada ulasan: