Rabu, 15 Oktober 2008

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyempurna dan menyiapkan Folio Praktikum ini dengan jayanya. Segala jerit perit dan penat lelah sepanjang menjalani praktikum dan menyiapkan folio ini akhirnya terbayar dengan terhasilnya folio ini dengan lengkap dan sempurna. Siapalah saya tanpa sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak yang telah banyak menghulurkan idea, bantuan dan pendapat.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan paling istimewa buat kedua ibu bapa dan suami tercinta serta puteri kesayangan di Terengganu dan Johor. Mereka adalah insan istimewa dalam hidup saya yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan panduan yang tidak ternilai sepanjang pengajian sehinggalah kini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat Cik Norizah bt Taib selaku pensyarah pembimbing dan Encik Mohd Nazaruddin bin Sarji selaku guru pembimbing atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan dalam menyiapkan folio praktikum ini. Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua warga pendidik, staf sokongan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Jelutong yang telah memberi kerjasama, bimbingan dan perhatian yang tidak berbelah bagi dalam menjalani praktikum ini . Tidak lupa juga ucapaan jutaan terima kasih kepada Encik Encik Kamarun Bin Haji Ishak selaku mentor peribadi.

Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan guru pelatih dan pihak yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menyiapkan folio ini. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.Kepada semua yang disebutkan di atas, diharapkan semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian semua dan dimurahkan rezeki. Insya Allah, bersama kita membentuk sistem pendidikan yang terbaik untuk masa depan generasi kita bersama.

Tiada ulasan: